Assalamualaikum & hi!
So, I received a lot of questions from emails, comments etc about the tour package I'm doing in Korea now. These are the questions I thought should be answered. I add some clarifications too so do help yourself read them (with some cikedis or teh tarik if you find my writing a lil bit boring).
Ground package/pakej tu apa?
It means package on the ground. K lame.
Ground pakej ni maksudnya perbelanjaan yang perlu dibayar semasa menginap di Korea. Kalau kami cakap all-in-ground package maksudnya SEMUA perbelanjaan kat sini termasuk dalam bayaran KECUALI FLIGHT TICKET dan personal expenses aka shopping.
So, beli flight ticket dan book kami, enjoy je kat sini. Habis cerita.
Packages offered?
K. Kitorang ada pakej pakej tertentu sesuai untuk insan insan tertentu.
- Backpacker (the cheapest starting from RM1400/pax minimum 2 pax)
Pakej ni paling murah. Sesuai sangat-sangatlah untuk students. Banyak berjalan, duduk guesthouse.
- Leisure traveler (suits family with kids who normally travel laid-back, no rushing)
Yang ni pulak untuk keluarga dengan budak budak yang inginkan keselesaan lebih kepada anak anak. Biasanya family ni taknak rushing, contohnya: bebudak tak puas nak main snow so nak stay lama lagi kat satu tempat ni walaupun ikut jadual ada 2 3 tempat lain lagi. Lagi satu, maybe kengkadang family ni nak naik van khas untuk pergi somewhere sebab kalau naik subway kena transfer banyak kali macam leceh sebab ada bebudak kecik so, ini pakej yang sesuai. Kitorang yang tour guide ni layan je, takde hal.
- Sophisticated (honeymoon, VIP - better, nicer room)
Ok. Pakej ni kalau tengok nama pun faham lah. Ni special case. Kalau pilih pakej ni, boleh duduk rumah yang macam dalam drama drama Korea tu ataupun hotel. Tour guide pun khas untuk korang je. Takde campur campur dengan group lain (contoh, kalau ada 2 group (3 orang + 4 orang) yang pilih backpacker package, pehtu jadual dorang tertindih kan, kitorang bawak lah sekali jalan -ini akan diberitahu dulu jangan risau).
- Big groups (special discounts, additional service to collaborate with Korean university students for a half-day program etc)
Kalau ada students yang nak buat program universiti, nak datang sekali segerombolan ke Korea, pun boleh. Apa ada hal. Siap boleh bergabung meletop dengan Korean university students untuk program program macam cultural exchange ke etc etc.
Boleh tak kasi itinerary untuk pakej2 tu?
Selagi korang tak booking, kitorang tak kasi jadual penuh. Yang kitorang boleh kasi... Contoh (ey berape kali contoh daaa):
4H3M backpacker RM1400:
- Nami island
- Gyeongbukgung
- Namdaemun
- Insadong
- Dongdaemun
- Myeongdong
- Cheonggyecheon
- Gwanghwamun
- Hanok village
- Namsan tower
- Itaewon
Additional days and places option:
- Theme park
- Mountain (hiking activity)
- Zoo
- Ski
- Universities area
- out of Seoul (Busan, Jeju island etc)
Haa cenggini. So, kiranya untuk harga tu, kita akan pergi tempat tempat tersenarai. Arrangement yang sebenar kami bagi bila dah book. Landing je, kami bagi jadual penuh siap dengan masanya sekali untuk pengetahuan korang. Sebab kami cuma usulkan standard itinerary. Tapi kot kot nak tukar, nak pergi tambah tolak tempat tempat lain, boleh je (tertakluk pada terma dan syarat). Korang cuma perlu tanya, kalau kitorang nak pi sini, kena tambah berapa? Kalau tak nak pergi sini tapi nak pergi sana, macam mana? Pahe dok? Sudah... kecek Klate pulop.
Macam mana nak book?
Kalau dah ada flight ticket, nak book kitorang, kena bayar deposit RM50 je. YE, RM50 SAHAJA. Kami ada refund polisi, jangan risau.
100% refund - 2 months before the booking date
50% refund - 1 month before the booking date
Last minute booking?
Ada jugak customers yang nak book last minute. Kitorang OK je selagi takde orang book hari dan tarikh yang sama or kalau orang yang dah book awal setuju ada orang lain nak join. The more the merrier whattt.
Extra info:
- We're NOT a travel agency. Kami buat sendiri sendiri laki bini (dan kawan-kawan tour guide sehaluan dengan kami). ^^
- Basically, our price depends on how many people are coming & where do you wanna go.
- For now, you can only book us until July 2015.
- There's promo going on until March 2015 ONLY. Price starts from RM950!!!
OK. Kalau ada pape soalan lagi, boleh lah email kimfadtravelmate@yahoo.com
Thank you! ^^