Assalamualaikum w.b.t.,
Hai!
Macam mana puasa setakat ni? Kitorang kat sini alhamdulillah, OK je walaupun puasa dekat 17 jam *lap tepi mulut* heh
Entri kali ni buat dalam meleis lah sebab rindu nak membebel dalam BM (selain membebel dekat whatsapp group). Kalau membebel dekat blog ni feeling dia lebih expressive. Membebel dekat oppa pun expressive jugak cuma lebih kepada expressyoksendiri.
K dah boleh dah mula cerita k
DAY 1
Alkisah, kawan dari sekolah rendah nak datang jenjalan kat Korea. Sambil upah kitorang sebagai tour guide di Seoul, kitorang manfaatkan sekali untuk pre-honeymoon di Pulau Jeju. Nama pun pre-honeymoon dan kerja sambil berjalan, kenalah sedar diuntung yang pelanggan masih diutamakan. Tapi biasalah pelanggan dah kenal lama, memang boleh kawtim lebih sikit so tour guide naik kepala. LOL Danny, ailafyu *kiss cheek*.
|
Upon landing |
Walaupun masih dalam kapal terbang, pandang sipi je Pulau Jeju ni terus jatuh cinta beb. Haruslah eksaited sama sebab ni pertama kali kitorang kesini bersama (*sambung* sama guardians kkk)
|
Tambang murah yehaaa |
|
Kalau korang teka gambar atas tu Jeju airport, tahniah! 10 markah untuk korang. |
Sampai Jeju jam 11.40 pagi macam tu, terus pergi tinggal barang dekat guesthouse. Lepas lunch, kitorang gerak terus ke Seongsan Ilchubong. Dari guesthouse naik bus dalam sejam lebih gak. Tak kisahlah, trip backpacking katakan. Dekat Jeju tak lah semudah Seoul sistem pengangkutan awam dia. Kalau ada pilihan, kitorang pilih kereta sewa lagi best, boleh lawat banyak lagi tempat. Namun apakan daya masing-masing takde lesen memandu antarabangsa. Tapi takpe, kita jangan pandang macam masalah besar sangat. Yang penting kita enjoyy *gaya Puteri, hai Nora Danish!*
|
Yeay dah sampai |
|
Dapat naik heli tengok dari atas mesti lagi cantik gilos. K bersyukur.. bersyukur.. |
|
*pandang sipi lagi* |
|
Tour guide dah mula naik kepala |
|
Tak nak lepas lagi tu.. Hmm Danny, ailafyu so much :'D |
|
Yeayyy baru dapat gambar bersama kahkah |
|
Trip dengan Ke Korea KimFad/KimFadtourguide mesti kena rasa macam family. *family hugsss* |
|
Otw turun dari peak |
|
Mengalih suhu (transfer heat?) |
Masa kitorang datang sini awal bulan Mei, dah hujung spring. Oppa ye yok o kata Jeju lagi panas dari Seoul so memang kitorang takde lah bawak sweater ke apa. Sekali.. angin dia kuat betul haritu. Mendaki puncak ni sejuk gak lah nasib baik pakai cardigan.
|
Kongsi suhu pulak lol |
|
Breathtaking view |
Lepastu kami balik, rehat rehat, solat pe semua dan siap siap nak dinner.
|
Mencari dinner di Pasar Dongmun |
Dekat pasar ni banyak makanan laut macam raw fish (ala ala sashimi). Danny dengan mummy dia tak gemar so kitorang pergi makan dekat restoran berdekatan lepas beli buah tangan yang popular dari Jeju:
|
Tak sah kalau tak beli Hallabong ni sebab ni lah antara trademark Jeju.
|
|
Coklat~!! Coklat ni sedap rasa dia tak berapa manis. |
DAY 2
Pagi pagi kitorang dah keluar pergi O'Sulloc Green Tea Museum. Kat sini takde apa sangat sebenarnya tapi kitorang buat shooting sikit untuk kawan Danny yang minta oppa model kan sweater dia.
|
Maaf, flower band tak jual. Ngeh |
Selain shooting sweater, ada jugak shooting gedik gedik fefeeling untuk muka depan majalah. LOL
|
Dah kata dah shooting gedik |
|
Green tea ice-cream |
Rasa dia pahit sikit tak berapa kena dengan tekak aku tapi oppa memang suka ice-cream green tea ni so dia lah yang habiskan. 1 cup share berdua. Lepas appetizer tu kitorang gerak ke Teddy Bear Museum pulak.
|
Otw nampak rumah orang ada tanam hallabong |
|
Entrance |
Dalam muzium ni diorang reenact beberapa famous figures. Bebudak sukalah muzium ni. Kalau tanya aku, zaman aku gila bear sudah lama berlalu sooo erm yeah.
Danny dah bagi list tempat dia nak melawat, muzium ni antara satunya jadi berbalik pada moto utama kita, pelanggan diutamakan. :3
|
Yang ni I loike sebab aku tengok cerita Princess Hours kkk |
|
Selamat pengantin baru kepada pasangan Usop dan Eja. |
|
Selamat... err eh? |
|
Teleng lagi kepala tu teleng |
Terima kasih lah Danny layankan aku nak gambar situ sini. Kita sama sama pelancong kan? Hhhh
|
Eh tadi berlagak kata zaman dah berlalu? Kemain hepi lagi. |
Next spot, kitorang ke Cheongjiyeon Waterfall. Tempat ni cantik sangat. Aku yang dah lama bermastautin di Seoul terasa lah ketenangannya tu di sini.
|
Gayat |
|
Sama sama gayat sebenarnya |
|
Yeayy Danny muncul lagi lol |
|
Sambungan shooting gedik gedik |
Fakta disebalik tabir: Ramai lagi orang tunggu turn nak ambil gambar dengan air terjun tapi kitorang duduk kat situ dekat 5 minit gak dok nak dapat best-so-called-candid-shot. Poser betul.
Walaupun banyak lagi tempat yang aku nak pergi, apakan daya masa tak mengizinkan maka bersyukur apa adanya. Insyaallah ada rezeki boleh datang melawat lagi ^^
DAY 3
Flight back to Seoul 10.40am
|
Bye! *sambil libas kain* |