Own Your Trips

Klook.com

Wednesday, 6 June 2018

Review: Ramadhan Buffet at Ikea Tebrau

Assalamualaikum, salam 21 Ramadhan.

Minggu lepas sementara scroll FB, ternampak post Ikea ada buat Ramadhan buffet. Terus terfikir eh macam best je boleh lah try ni. Kitorang satu family suka jugak kadang2 makan kat Ikea tu. Akhirnya semalam kitorang berkesempatan berbuka secara buffet di Ikea Tebrau. 

Kitorang sampai je semalam, pergi beratur kat tempat ala-carte dulu, pastu sementara Kim beratur, I lari jap pergi tengok makanan untuk buffet sedap ke idok sebabnya makanan dia tukar daily, ada makanan tempatan dan barat, kalau takde menu Ikea kegemaran kitorang ingat nak makan yang ala-carte je. Tapi sebenarnya tak tau lah boleh ke tak nak masuk dalam tengok-tengok dulu lauk pauknya. I pun tak perasan macam mana I boleh masuk siap pusing-pusing kejap kat dalam tu tengok makanan apa yang ada sebab masa Kim nak pergi tengok dia kata ada penghalang tu. Mungkin I yang tak perasan I dah trespassed lalu kat celah2 tepi tu ahaha.. 

Disebabkan dah lambat, kitorang decide makan je lah kat buffet tu. Terus tanya staff yang tunggu dekat tempat masuk reserved area tu, boleh ke beli lagi kupon buffet harini. Katanya sebenarnya dorang dah tutup jualan kupon untuk malam tu tapi mungkin sebab tak berapa ramai semalam dan kitorang pun berdua je, dia bagi lah jugak. Memang last minute orang dah mula berbuka pun. Rejeki alhamdulillah.. Jadi, kalau siapa yang nak makan buffet, silalah datang awal sikit. Kupon boleh beli walk-in je tak boleh reserve ya. 

Makanan apa je yang ada? Ok ini menu 5hb Jun: 

  • mee kari
  • ulam-ulaman
  • pengat pisang sago
  • nasi putih & nasi minyak kot
  • daging kuzi
  • spring rolls
  • sayur campur
  • pasta
  • mashed potato
  • fish fillet
  • meatballs (both chicken & beef)
  • gulai ayam
  • 2 jenis kuih tradisional - seri muka & kuih coklat
  • 2 jenis muffins
  • biscuits (beberapa jenis)
  • mushroom soup
  • garlic bread
  • air jagung

Nah, belanja gambar dulu.

Bebola daging kegemaran ramai, mushroom soup, fillet fish & spring roll.

Tak ingat nama nasi yang warna coklat tu. 
Untuk masakan Melayu dia daging kuzi tu sedap. Nasi macam keras sikit tak masak betul, nasib baik tak ambil banyak >.<

Yang ni tak tau lah biskut pebenda masin sampai ke kepala ahahahahah
Biskut ni memang salah satu snacks yang Ikea ada jual. Kitorang memang tak pernah beli/makan pun. Bila nampak ni, ambil lah sikit nak rasa tapi masin dia tak tau lah macam mana nak terangkan. Kalau tak makan pun takpelah senang cerita.

Muffin, kuih coklat (tak tau nama) & seri muka.

Pasta tu tak sedap sebab kering sangat and tawar.

Mee kari boleh tahan sedap

Inilah sticker yang akan ditampal pada baju korang.


Ok, the verdict..
Kalau tanya kitorang, okay ke tak buffet kat Ikea ni, I'd say ok lah.. value for money. Kitorang bayar RM33/pax lepastu dapat RM10 Ikea voucher (boleh guna untuk beli barang RM50 keatas). Walaupun tak semua makanan macam sedap gila, tapi still okay apa dapat makan banyak jenis. Lagipun kalau dah namanya puasa, kau telan apa pun jadinya enak. LOL 

Banyak-banyak makanan yang ada tu, makanan original dari menu Ikea jugak lah yang paling sedap bagi kitorang. Selain tu, daging kuzi, pengat pisang & mee kari pun sedap jugak. Kalau korang jenis yang suka makan sikit-sikit tapi nak pelbagai rasa, ataupun memang suka makanan Ikea & tak puas makan ala-carte, elok lah ambil buffet ni. Kalau setakat makan jenis nak kenyang je, ambil ala-carte dah ler. Kitorang laki bini memang kuat makan, sampai makcik yang jaga makanan tu perati je Kim dah bape kali datang ambik makanan kahkah.

Tambahan info ringkas:
Buffet ni bukan ada setiap hari ok. Hanya untuk tarikh ni je.

  • Beli kupon kena walk-in. Tapi, I baca kat FB page dia kata boleh beli awal contohnya kalau korang pergi harini, boleh beli jugak kupon untuk esok. 
  • Dapat sticker khas untuk makan kat reservation buffet area.
  • Masa baca kat FB katanya harga RM35/pax tapi kitorang bayar RM33/pax kat kaunter.
  • Voucher RM10 boleh dapat kalau korang member dekat Ikea.
  • Dining time 7-9.30pm : Boleh lah jamah makanan sikit lepastu solat maghrib & sambung makan rilek2 tak payah rush. Kalau solat lambat memang penuh lah surau tu. Untuk perempuan, bawak lah telekung sendiri lagi senang nak solat :)
  • Makanan berubah setiap hari, jadi ikut rezeki lah. Kan best kalau pihak Ikea memang ada bagi senarai menu harian barulah senang sikit nak tau berbaloi / kena dengan selera ke tak yedak? 
  • Btw, Ramadhan special kat Ikea ada jugak Lamb Kabsah tau. Dengar cerita sedap. Kalau ada rezeki boleh lah try nanti.
  • Ada yang I baca orang lain punya review siap ada kambing bakar seekor tapi mungkin kat cawangan lain agaknya. Takpun salah baca lol. 
Korang rasa cemana? Berbaloi tak nak cuba? Kalau ada yang dah pergi rasa tu, boleh lah tinggalkan komen ek. Nak tau jugak kat cawangan lain macam mana.

Untuk info lanjut, do check out this link

Harap post ni membantu sedikit sebanyak.
 Selamat berpuasa dan beribadah semua! :)


Sunday, 3 June 2018

Kimfad Travel Joined Tour 2018

This year will be the 4th year of operation for my humble company, Kimfad Travel.
I'd like to thank all the guests who have traveled with us so far. Some readers who found my blog, emailed me asking whether I'm still doing this service, the answer is YES. And we're striving to open few other routes too!


#JoinedTourKimfad 2018



Summer
17 - 21 August (RM2100/pax) in SEOUL
21 - 25 August (RM2300/pax) in JEJU ISLAND

Special activities for summer: Outdoor movie watching, farm cooking & dining with locals at Jeju Island. 
As for the trip in Seoul, we will bring our guests to enjoy Paju city where you can visit the local artistic village and the last village before North Korea!

Autumn
 2 - 6 October (RM2500/pax) in JEJU ISLAND
2 - 6 November (RM2100/pax) in SEOUL

Special peak autumn trip to Busan, Korea & Fukuoka, Japan for 8D7N:
RM6800/adult (FULLBOARD inc flight ticket)



Autumn this year, we'll bring you to experience so many activities with the local such as fruit picking & a special 2D1N trip to local village just like the Korean variety TV show, 2 days 1 night. We're also the FIRST travel agency organising a trip to Busan & Fukuoka. Definitely a trip you should join for you to learn about 2 cultures in 2 different cities of 2 different countries.



All our packages are lead by a local Malaysian who has stayed in Korea/Japan for years. They know the city inside out and eager to show you how these cities are unique in its own way. 

You can email: kimfadtravelmate@gmail.com for more info!


**for winter, we'll release the dates and rate soon through our FB page : Ke Korea Kimfad / IG : @kimfadtourguide